Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun).
Tentulah, setiap kali bermain, Shikamaru akan menang.
Dalam permainan tersebut, Asuma kata Shikamaru seperti 'Knight' yang mampu bergerak dengan melangkah buah-buah catur yang lain.
Tiada buah catur yang mampu bergerak seperti 'Knight' apabila ada halangan di depan. 'Knight' boleh melangkah, buah lain tak boleh.
Asuma gambarkan Shikamaru seperti 'Knight' sebab kecerdikan Shikamaru. Asuma adalah orang pertama yang dapat melihat kecerdikan ini iaitu sewaktu mereka sama-sama bermain Shogi.
Asuma gambarkan dirinya sebagai askar saja, yang berkorban untuk melindungi 'Raja'.
Asuma tanya Shikamaru, "Kau rasa di Konoha siapa yang paling sesuai digambarkan sebagai 'Raja'?"
Shikamaru jawab sama ada Hokage ataupun Daimyo Negara Api.
Asuma cuma gelak-gelak aja dan dia tak bagi jawapan pun. Tapi dia kata, Shikamaru akan faham suatu hari nanti.
Sewaktu kematian Asuma selepas lawan Hidan dari Akatsuki, Asuma beritahu siapa 'Raja' yang dimaksudkan pada Shikamaru.
Asuma kata, "Ingat tak kita sembang pasal 'Raja' masa main Shogi? 'Raja' tersebut adalah kanak-kanak Konoha yang akan membesar melindungi kampung.
Tolong jaga mereka termasuk anak aku yang masih dalam kandungan Kurenai."
Bermula saat ini, Shikamaru mula menjadi orang yang bertanggungjawab.
Asuma mempunyai idea yang sama dengan Might Guy. Sewaktu Guy membuka potensi tertinggi dirinya, warna auranya seperti daun luruh yang berguguran sebab warna merah.
Madara sindir Guy seperti orang yang hampir gugur seperti daun luruh.
Guy jawab, "Daun lama perlu gugur untuk melahirkan daun-daun baru."
Guy maksudkan pengorbanan untuk melindungi generasi muda Konoha.
Dalam anime ini, mereka membawa idea betapa pentingnya generasi muda untuk membangunkan masa depan.
Generasi muda ini adalah bayang masa depan masyarakat dan negara. Generasi muda yang baik, akan membawa masyarakat dan negara yang baik.
Untuk lihat masa depan negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.
Kalau asyik dengan hiburan aje, masyarakat hiburan sajalah yang akan kita bangunkan kelak.
Dalam sejarah, betapa besarnya peranan orang muda dalam membentuk dunia.
Orang-orang dewasa sepatutnya berikan bimbingan kepada orang muda untuk membentuk dunia.
Sentiasa terbuka dengan idea-idea mereka. Bukannya berbeza pendapat terus kata mereka tak beradab dan buat alasan 'aku dah makan asam-garam' dan 'kau baru setahun jagung'.
Soekarno kata, "Berikan aku 1000 orang tua, aku akan cabut semeru dari akarnya. Berikan aku 10 pemuda, aku akan goncangkan dunia."