![]() |
"Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu" |
Kisah
bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika
memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan
bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya
Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.
Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun
jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan
perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun
sebumbung.
Sekian
lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari
tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan
kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api
cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar
Salina menyintainya.
Dan
sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia
menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.
Namun,
sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella
membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama
Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika
mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya
termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk
dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.
Kebenaran
terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang
setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik
dijejaki.
Menemui
suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina
memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun
sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang
sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan
Penerbit: Alaf 21
Tahun cetakan: 2002 (cetakan 1-4)
Penulis: Nia Azalea
Artikel Metro 'Kau Yang Satu'
Ni novel pertama sejujurnya masa darjah 6 sebelum aku baca novel Meniti Maut, Eyman Hykal. Dari genre romance ke action yang sememangnya impian setiap pembaca lelaki. Berpindah ke genre mistik atau triller. Siapa yang tak kenal penulis otai berbisa Ramlee Awang Mursyid. OK. Cukup setakat tu. Berkaitan karya Nia Azalea, kahwin paksa memang tak asing lagi dalam kebanyakkan cerita melayu. Bila aku dpt tahu novel ni akan diadaptasi ke movie. Nostalgia mengetuk pintu alam remaja. Saat pertama lamunan aku tenggelam dalam dunia khayalan buku. Macam mana nak dapatkan novel ni? Dengar ada desas desus novel ni akan keluar cetakkan yang ke-20.
No comments:
Post a Comment