WAHAI MELAYU!
Wahai Melayu!
Masihkah kau ingat ketika kau diukir pada dinding piramid firaun Mesir Purba?
Masihkah kau ingat ketika kau didendangkan dalam setiap kronikel dari China?
Masihkah kau ingat ketika kau dijulang dalam catatan Al-Masudi dan Al-Idrisi dari Arabia?
Masihkah kau ingat ketika kau dibicara dalam puisi-puisi Tamil kuno?
Masihkah kau ingat ketika kau dipahat dalam catatan Ptolemy dari bumi Rom?
Masihkah kau ingat ketika kau jadi perhatian Sulaiman Yang Agung hingga Gunung Ledang harum dalam Injil?
Masihkah kau ingat ketika kau disebut dalam rekod kerajaan purba India?
Masihkah kau ingat...
Ketika kau adalah bangsa agung
Yang sentiasa jadi bual bicara bangsa agung lain
Kau bukan bangsa banjingan
Kau menundukkan amukan sang laut
Kau mengenali alam melalui bintang-bintangnya
Badai laut itu tidak pernah menggentar semangatmu!
Taufan yang membantai tidak pernah bikin kau kecut!
Kau adalah bangsa berhati besi!
Kau adalah raja lautan
Tatkala bangsa lain belum kenal apa itu sebuah perlayaran
Afrika, Amerika, pulau-pulau di laut Pasifik pernah kau jejak
Bina tamadun dan peradaban di sana
Mutiara untuk anak bangsamu masih berkilau di sana
Wahai Melayu!
Tidakkah kau rindu peradaban Sungai Batu itu
Ketika kau menghasilkan besi-besi terhebat yang pernah dilihat dunia?
Tidakkah kau rindu zaman Srivijaya
Ketika kau punya kekuasaan di seluruh Nusantara yang tiada tandingannya?
Tidakkah kau rindu keagungan Sailendra
Sehingga Borubudur itu berdiri gagah sehingga hari ini?
Tidakkah kau rindu zaman Melaka
Ketika kau jadi pemilik pelabuhan yang sentiasa di bibir semua bangsa?
Tidakkah kau rindu zaman Champa
Saat kau berjaya menghalau kuasa-kuasa besar dunia merogol keagunganmu?
Tidakkah kau rindu zaman kau dan pengetahuan adalah sahabat sejati
Sehingga kau menukil ribuan kitab-kitab ilmu
Tidakkah kau rindu akan zaman emas itu?
-HE The patriots-
Saturday, 21 July 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Buah Catur
Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun). Ten...

-
WAHAI MELAYU! Wahai Melayu! Masihkah kau ingat ketika kau diukir pada dinding piramid firaun Mesir Purba? Masihkah kau ingat ketika kau ...
-
Tinggi nilai seseorang berdasarkan kejujuran. Semua orang inginkan kejujuran namun tak ramai yang melakukannya. Itulah apa yang aku belaja...
-
Sedang kita leka berfikir, duduk di suatu sudut. Meneguk secangkir kopi mungkin. Melihat telatah manusia dengan pelbagai ragam. Manusia yang...