Sunday, 27 August 2017

Pahlawan siber


Dalam beberapa keadaan kita menjadi mangsa
Siul mereka panas membekas dada
Singgah bermalam di daerah kita
Bersama gurau senda
Bersama kopi dan cerita kota
Cerita baru ke cerita lama
Tersebar juga di kaki lima
Dari media ke seantero dunia
Mungkin ada esok dan lusa
Dunia diisi jaguh perkasa
Pembetulan sekali lagi didendang
Darah muda bangkit menentang
Melayarkan panji sehijau bendang
Biar tak rasa chicken chop dan kentang
Penjelasan kabur memang ramai terkenang
Nak masuk gelanggang
Kononnya guna rang dan undang
Tengoklah suasana dimana-mana
Das tembakan jelasnya irama
Duit kopi seakan berleluasa
Bahas kotor meledak sini sana
Takkan majoritinya nak terima
Kalau hati mereka niat merdeka


Saturday, 5 August 2017

Novel Kau Yang Satu

"Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu"


 
Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.


Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.
Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.
Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.
Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. 
Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan  mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.
Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan

Penerbit: Alaf 21
Tahun cetakan: 2002 (cetakan 1-4)
Penulis: Nia Azalea 
Artikel Metro 'Kau Yang Satu' 

Ni novel pertama sejujurnya masa darjah 6 sebelum aku baca novel Meniti Maut, Eyman Hykal. Dari genre romance ke action yang sememangnya impian setiap pembaca lelaki. Berpindah ke genre mistik atau triller. Siapa yang tak kenal penulis otai berbisa Ramlee Awang Mursyid. OK. Cukup setakat tu. Berkaitan karya Nia Azalea, kahwin paksa memang tak asing lagi dalam kebanyakkan cerita  melayu. Bila aku dpt tahu novel ni akan diadaptasi ke movie. Nostalgia mengetuk pintu alam remaja. Saat pertama lamunan aku tenggelam dalam dunia khayalan buku. Macam mana nak dapatkan novel ni? Dengar ada desas desus novel ni akan keluar cetakkan yang ke-20.

Buah Catur

  Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun). Ten...