Dulu orang melayu minat laga ayam
Kemudian British bagi tahu
Laga ayam ni tak bertamadun
Maka laga ayam diharamkan British
Melayu pun menunduk akur
Dulu orang melayu minat laga kerbau
Kemudian British bagi tahu
Laga kerbau juga tak bertamadun
Maka laga kerbau turut diharamkan British
Melayu pun akur
Di Spain matador melawan lembu
Bertindak menikam lembu dengan pedang
Banyak lembu mati diseksa
Bagi mereka ini satu bentuk kebudayaan
oleh manusia yang bertamadun
Melayu pun menurut
Tak lama kemudian mereka cipta sukan tinju
Manusia melawan kaumnya sendiri
Bermandi darah dalam gelanggang
Hairan masih dianggap sukan
oleh manusia bertamadun
dan ia menjana keuntungan jutaan dollar
maka satu dunia pun akur
Apabila mengembara dalam hutan
Kita diberitahu orang asli tak bertamadun
kerana sebab tak memakai baju
Apabila peragaan fesyen yang hampir tak berbaju
Mereka sekali lagi memberi tahu dunia
ini adalah kemajuan tamadun manusia
Apabila barat cuba mencipta sistem cukai
kerana dasar kemajuan sejagat
Sekali lagi kita dikejutkan dengan cukai tambahan
dengan pelbagai nama
Bukankah itu juga satu bentuk penindasan?
Layakkah kita digelar rakyat merdeka?