Membiasakan dengan rutin kehidupan yang sama. Bukankah
dengan melakukan sedikit perubahan pada hari-hari yang mendatang kehidupan itu
dirasakan seungguh bermakna. Hidup jangan sesekali mengikut sistem tetapi
bertindak untuk mengubah diri kepada perubahan hidup yang besar. Dunia ini
ramai yang berpendapat sebagai platform untuk melaksanakan cita-cita individu.
Ramai juga yang bersetuju manusia ini hanyalah perlakon yang berpura-pura diatas
pentas. Berpura-pura menunjukkan kehidupannya sekadar cukup makan dan minum.
Kehidupan itu diukur berdasarkan ilmu bukan berdasarkan sekadar bual kosong.
Hidup tanpa ada pencapaian seakan sama memanah tanpa memikirkan objek yang
dipanah. Memanah bukan mengikut naluri tetapi mengikut akal. Pemanah tepat
mengelak menyalahkan faktor angin dan cuaca atau kualiti busurnya melainkan
dirinya sendiri. Mencari kelemahan diri sebelum melihat kelemahan musuh. Biar
kelemahan yang wujud sekadar tahu tetapi fokus kepada kekuatan diri. Itu
strategi yang terbaik. Mencapai tahap hampir sifar dalam kesilapan. Manusia
bersifat lemah. Latihan dititikberatkan untuk meningkatkan kebiasaan kepada
masalah rumit. Sekerap mana kita membiasakan diri dengan perkara yang jarang kita
biasa akan menjadi amalan. Manusia diberi kelebihan untuk memilih. Sebab itu
lahirnya nafsu. Cara untuk menang perlu suka kepada musuh. Perlu suka kepada
kesusahan. Semakin kita biasa menyelesaikan masalah pada tahap yang sama.
Lambat laun masalah itu berasa ringan. Kebiasaan ini boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori antaranya:-
Ø
Suatu berlaku pada kali pertama dipanggil
Accident ( tidak sengaja).
Ø
Suatu yang berlaku pada kali kedua dipanggil
Coincident (kebetulan).
Ø
Suatu yang berlaku pada kali ketiga dipanggil
pattern (satu corak atau pola)
Ø
Jika suatu itu berulang dengan kerap boleh
dikatakan sebagai Habit (Kebiasaan).