Thursday, 30 July 2015

Kelabu

Membiasakan dengan rutin kehidupan yang sama. Bukankah dengan melakukan sedikit perubahan pada hari-hari yang mendatang kehidupan itu dirasakan seungguh bermakna. Hidup jangan sesekali mengikut sistem tetapi bertindak untuk mengubah diri kepada perubahan hidup yang besar. Dunia ini ramai yang berpendapat sebagai platform untuk melaksanakan cita-cita individu. Ramai juga yang bersetuju manusia ini hanyalah perlakon yang berpura-pura diatas pentas. Berpura-pura menunjukkan kehidupannya sekadar cukup makan dan minum. Kehidupan itu diukur berdasarkan ilmu bukan berdasarkan sekadar bual kosong. Hidup tanpa ada pencapaian seakan sama memanah tanpa memikirkan objek yang dipanah. Memanah bukan mengikut naluri tetapi mengikut akal. Pemanah tepat mengelak menyalahkan faktor angin dan cuaca atau kualiti busurnya melainkan dirinya sendiri. Mencari kelemahan diri sebelum melihat kelemahan musuh. Biar kelemahan yang wujud sekadar tahu tetapi fokus kepada kekuatan diri. Itu strategi yang terbaik. Mencapai tahap hampir sifar dalam kesilapan. Manusia bersifat lemah. Latihan dititikberatkan untuk meningkatkan kebiasaan kepada masalah rumit. Sekerap mana kita membiasakan diri dengan perkara yang jarang kita biasa akan menjadi amalan. Manusia diberi kelebihan untuk memilih. Sebab itu lahirnya nafsu. Cara untuk menang perlu suka kepada musuh. Perlu suka kepada kesusahan. Semakin kita biasa menyelesaikan masalah pada tahap yang sama. Lambat laun masalah itu berasa ringan. Kebiasaan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya:-

Ø  Suatu berlaku pada kali pertama dipanggil Accident ( tidak sengaja).
Ø  Suatu yang berlaku pada kali kedua dipanggil Coincident (kebetulan).
Ø  Suatu yang berlaku pada kali ketiga dipanggil pattern (satu corak atau pola)

Ø  Jika suatu itu berulang dengan kerap boleh dikatakan sebagai Habit (Kebiasaan).

Friday, 12 June 2015

Jujur

 Tinggi nilai seseorang berdasarkan kejujuran. Semua orang inginkan kejujuran namun tak ramai yang melakukannya. Itulah apa yang aku belajar sebagai manusia, benda yang tak dapat belajar dalam kelas mahupun kuliah. Malah ada yang ambil kesempatan pada kejujuran seseorang

Friday, 5 June 2015

Ragam

Sedang kita leka berfikir, duduk di suatu sudut. Meneguk secangkir kopi mungkin. Melihat telatah manusia dengan pelbagai ragam. Manusia yang terbahagi kepada kategori darjat,status dan cara berpakaian. Kita bertindakbalas merenung keadaan diri yang rasa seakan ada kekurangan yang belum lengkap. Kita terbayangkan sesuatu yang kita capai di luar jangkaan.
road to success is always under construction





 Adakah kita mampu? Apakah komitmen yang perlu diberikan? Komitmen boleh hadir dalam bentuk tenaga kita salurkan pada suatu usaha, masa, cara kita membahagikan tugas, duit yang kita habiskan untuk sesuatu. Setiap manusia biasa ingin mengubah dengan kaedah menjangkau tahap yang seterusnya dan meningkatkan diri melalui kaedah percaya pada diri sendiri. Perubahan apa yang kita inginkan. Perubahan sering kali terjadi dengan kehendak kita. Sekuat mana naluri kita mempercayai dan ingin mencapai matlamat. Katakan pada diri mulai saat ini aku hendak lakukan perubahan. Kenapa kebanyakkan gemar berada di ‘zon selesa’.

Buah Catur

  Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun). Ten...