Saturday, 31 October 2020

Buah Catur

 

Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun).


Tentulah, setiap kali bermain, Shikamaru akan menang. 


Dalam permainan tersebut, Asuma kata Shikamaru seperti 'Knight' yang mampu bergerak dengan melangkah buah-buah catur yang lain.


Tiada buah catur yang mampu bergerak seperti 'Knight' apabila ada halangan di depan. 'Knight' boleh melangkah, buah lain tak boleh.


Asuma gambarkan Shikamaru seperti 'Knight' sebab kecerdikan Shikamaru. Asuma adalah orang pertama yang dapat melihat kecerdikan ini iaitu sewaktu mereka sama-sama bermain Shogi.


Asuma gambarkan dirinya sebagai askar saja, yang berkorban untuk melindungi  'Raja'. 


Asuma tanya Shikamaru, "Kau rasa di Konoha siapa yang paling sesuai digambarkan sebagai 'Raja'?"


Shikamaru jawab sama ada Hokage ataupun Daimyo Negara Api. 


Asuma cuma gelak-gelak aja dan dia tak bagi jawapan pun. Tapi dia kata, Shikamaru akan faham suatu hari nanti.


Sewaktu kematian Asuma selepas lawan Hidan dari Akatsuki, Asuma beritahu siapa 'Raja' yang dimaksudkan pada Shikamaru.


Asuma kata, "Ingat tak kita sembang pasal 'Raja' masa main Shogi? 'Raja' tersebut adalah kanak-kanak Konoha yang akan membesar melindungi kampung. 


Tolong jaga mereka termasuk anak aku yang masih dalam kandungan Kurenai."


Bermula saat ini, Shikamaru mula menjadi orang yang bertanggungjawab. 


Asuma mempunyai idea yang sama dengan Might Guy. Sewaktu Guy membuka potensi tertinggi dirinya, warna auranya seperti daun luruh yang berguguran sebab warna merah.


Madara sindir Guy seperti orang yang hampir gugur seperti daun luruh. 


Guy jawab, "Daun lama perlu gugur untuk melahirkan daun-daun baru."


Guy maksudkan pengorbanan untuk melindungi generasi muda Konoha.


Dalam anime ini, mereka membawa idea betapa pentingnya generasi muda untuk membangunkan masa depan. 


Generasi muda ini adalah bayang masa depan masyarakat dan negara. Generasi muda yang baik, akan membawa masyarakat dan negara yang baik.


Untuk lihat masa depan negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.


Kalau asyik dengan hiburan aje, masyarakat hiburan sajalah yang akan kita bangunkan kelak.


Dalam sejarah, betapa besarnya peranan orang muda dalam membentuk dunia.


Orang-orang dewasa sepatutnya berikan bimbingan kepada orang muda untuk membentuk dunia.


Sentiasa terbuka dengan idea-idea mereka. Bukannya berbeza pendapat terus kata mereka tak beradab dan buat alasan 'aku dah makan asam-garam' dan 'kau baru setahun jagung'.


Soekarno kata, "Berikan aku 1000 orang tua, aku akan cabut semeru dari akarnya. Berikan aku 10 pemuda, aku akan goncangkan dunia."

Saturday, 21 July 2018

Warisanmu itu harta

WAHAI MELAYU!

Wahai Melayu!
Masihkah kau ingat ketika kau diukir pada dinding piramid firaun Mesir Purba?
Masihkah kau ingat ketika kau didendangkan dalam setiap kronikel dari China?
Masihkah kau ingat ketika kau dijulang dalam catatan Al-Masudi dan Al-Idrisi dari Arabia?
Masihkah kau ingat ketika kau dibicara dalam puisi-puisi Tamil kuno?
Masihkah kau ingat ketika kau dipahat dalam catatan Ptolemy dari bumi Rom?
Masihkah kau ingat ketika kau jadi perhatian Sulaiman Yang Agung hingga Gunung Ledang harum dalam Injil?
Masihkah kau ingat ketika kau disebut dalam rekod kerajaan purba India?
Masihkah kau ingat...
Ketika kau adalah bangsa agung
Yang sentiasa jadi bual bicara bangsa agung lain

Kau bukan bangsa banjingan
Kau menundukkan amukan sang laut
Kau mengenali alam melalui bintang-bintangnya
Badai laut itu tidak pernah menggentar semangatmu!
Taufan yang membantai tidak pernah bikin kau kecut!
Kau adalah bangsa berhati besi!
Kau adalah raja lautan
Tatkala bangsa lain belum kenal apa itu sebuah perlayaran
Afrika, Amerika, pulau-pulau di laut Pasifik pernah kau jejak
Bina tamadun dan peradaban di sana
Mutiara untuk anak bangsamu masih berkilau di sana

Wahai Melayu!
Tidakkah kau rindu peradaban Sungai Batu itu
Ketika kau menghasilkan besi-besi terhebat yang pernah dilihat dunia?

Tidakkah kau rindu zaman Srivijaya
Ketika kau punya kekuasaan di seluruh Nusantara yang tiada tandingannya?

Tidakkah kau rindu keagungan Sailendra
Sehingga Borubudur itu berdiri gagah sehingga hari ini?

Tidakkah kau rindu zaman Melaka
Ketika kau jadi pemilik pelabuhan yang sentiasa di bibir semua bangsa?

Tidakkah kau rindu zaman Champa
Saat kau berjaya menghalau kuasa-kuasa besar dunia merogol keagunganmu?

Tidakkah kau rindu zaman kau dan pengetahuan adalah sahabat sejati
Sehingga kau menukil ribuan kitab-kitab ilmu

Tidakkah kau rindu akan zaman emas itu?

-HE The patriots-

Wednesday, 6 September 2017

Forever 21




Until you know that
it is not impossible
to fall in love with
You in less than
one-hundred and twenty
seconds, or to
miss someone whom
 you have just met

Until then i'll try to prove


Monday, 4 September 2017

Akur

Dulu orang melayu minat laga ayam
Kemudian British bagi tahu
Laga ayam ni tak bertamadun
Maka laga ayam diharamkan British
Melayu pun menunduk akur

Dulu orang melayu minat laga kerbau
Kemudian British bagi tahu
Laga kerbau juga tak bertamadun
Maka laga kerbau turut diharamkan British
Melayu pun akur

Di Spain matador melawan lembu
Bertindak menikam lembu dengan pedang
Banyak lembu mati diseksa
Bagi mereka ini satu bentuk kebudayaan
oleh manusia yang bertamadun
Melayu pun menurut

Tak lama kemudian mereka cipta sukan tinju
Manusia melawan kaumnya sendiri
Bermandi darah dalam gelanggang
Hairan masih dianggap sukan
oleh manusia bertamadun
dan ia menjana keuntungan jutaan dollar
maka satu dunia pun akur

Apabila mengembara dalam hutan
Kita diberitahu orang asli tak bertamadun
kerana sebab tak memakai baju
Apabila peragaan fesyen yang hampir tak berbaju
Mereka sekali lagi memberi tahu dunia
ini adalah kemajuan tamadun manusia

Apabila barat cuba mencipta sistem cukai
kerana dasar kemajuan sejagat
Sekali lagi kita dikejutkan dengan cukai tambahan
dengan pelbagai nama
Bukankah itu juga satu bentuk penindasan?
Layakkah kita digelar rakyat merdeka?

Sunday, 27 August 2017

Pahlawan siber


Dalam beberapa keadaan kita menjadi mangsa
Siul mereka panas membekas dada
Singgah bermalam di daerah kita
Bersama gurau senda
Bersama kopi dan cerita kota
Cerita baru ke cerita lama
Tersebar juga di kaki lima
Dari media ke seantero dunia
Mungkin ada esok dan lusa
Dunia diisi jaguh perkasa
Pembetulan sekali lagi didendang
Darah muda bangkit menentang
Melayarkan panji sehijau bendang
Biar tak rasa chicken chop dan kentang
Penjelasan kabur memang ramai terkenang
Nak masuk gelanggang
Kononnya guna rang dan undang
Tengoklah suasana dimana-mana
Das tembakan jelasnya irama
Duit kopi seakan berleluasa
Bahas kotor meledak sini sana
Takkan majoritinya nak terima
Kalau hati mereka niat merdeka


Saturday, 5 August 2017

Novel Kau Yang Satu

"Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu"


 
Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.


Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.
Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.
Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.
Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. 
Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan  mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.
Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan

Penerbit: Alaf 21
Tahun cetakan: 2002 (cetakan 1-4)
Penulis: Nia Azalea 
Artikel Metro 'Kau Yang Satu' 

Ni novel pertama sejujurnya masa darjah 6 sebelum aku baca novel Meniti Maut, Eyman Hykal. Dari genre romance ke action yang sememangnya impian setiap pembaca lelaki. Berpindah ke genre mistik atau triller. Siapa yang tak kenal penulis otai berbisa Ramlee Awang Mursyid. OK. Cukup setakat tu. Berkaitan karya Nia Azalea, kahwin paksa memang tak asing lagi dalam kebanyakkan cerita  melayu. Bila aku dpt tahu novel ni akan diadaptasi ke movie. Nostalgia mengetuk pintu alam remaja. Saat pertama lamunan aku tenggelam dalam dunia khayalan buku. Macam mana nak dapatkan novel ni? Dengar ada desas desus novel ni akan keluar cetakkan yang ke-20.

Sunday, 7 May 2017

Jatuh & Bangkit


1. Perhati ➞ 2. Nilai➞ 3. Tentukan ➞ 4. Hasil➞ 5.Ubah Strategi ➞1. Perhati (ulang semula)

  Semua manusia tak bodoh cuma kurang fokus. Tindakan yang salah tak salah untuk ditempuh. Sebahagian proses belajar. Masih belum gagal. Gagal hanya bersifat sementara dengan syarat kepada yang bangun. Yang teruk jatuh tapi tak bangun. Dalam peristiwa ini, kita mungkin jumpa 1000 cara yang salah. Manusia lahir dengan pilihan. Sebelum penentuan kita dilahirkan di dunia, manusia iaitu sebagai khalifah diberi pilihan sama ada mahu hidup di dunia dengan tanggungjawab atau akur pada ketentuan sebaliknya. Ada pilihan dimana kedua-duanya adalah baik. Ada pilihan berlawanan yang selalu manusia silap memilih didorong oleh kemahuan yang membuak-buak. Untuk hal sebegini, pilihan yang baik perlu suka kepada musuh. Dalam erti kata lain, perkara yang kita kurang suka untuk buat dan amal. Pertama, kalahkan diri sendiri. Paksa untuk buat kebaikan. Memang susah, pada mulanya. Musuh akan jemu apabila kita dekat dengannya. Maksud disini, apa yang kita lakukan kemudiannya akan lahir kecintaan atau rasa suka untuk buat kebaikan bagi yang menyedari. Manusia yang beruntung. Akhirnya menemui kenikmatan

Buah Catur

  Nara Shikamaru merupakan anak murid yang paling rapat dengan gurunya, Sarutobi Asuma. Mereka selalu bermain Shogi (catur versi Jepun). Ten...